Saturday, December 15, 2012

Beraninya Menanggung Risiko

Salam....lama dah tak update blog. Tapi hari ni pagi-pagi lagi terasa nak update disebabkan terbaca status seseorang di FB. Sebelum-sebelum ni memang teperasan akan kewujudan Vitamin C yang di jual boleh mencantikkan, menghaluskan kulit, siap diselitkan bukti gambar persis model untuk meyakinkan pembeli. Itu semua tidak salah. Memang diakui Vitamin C mampu mencantikan kulit. Yang menjadi kesalahan disini keaslian Vitamin C itu. Peniaga-peniaga sekarang banyak yang berkiblatkan keuntungan daripada keselamatan si pengguna. Yang penting product yang dijual laku dan mendapat untung, tanpa memikirkan kemudarantan yang akan diterima oleh si pembeli. Contohnya begini. Vitamin C direpacking semula dari jenama asal. Dijual dengan harga yang jauh lebih mahal daripada harga asal brand tersebut. Dan lagi kejam dan berani peniaga bertindak sebagai pakar nutrisi, menggalakan si pengguna consume dose yang tidak disarankan hanya untuk kesan yang lebih cepat dan ketara. Sungguh beraninya si penjual menanggung risiko si pengguna! Dan si pembeli juga yang gairah ingin cantik tapi sudah tertipu mengikut segala yang disarankan oleh si penjual. Tanpa memastikan kandungan Vitamin tersebut dan kelulusan dari KMM, si pengguna secara tidak sedar sudah memasukkan diri sendiri dalam zone berisiko. 

Macam mana yer untuk memberitahu kepada semua? Tolonglah sayangi diri anda. Jadi pengguna dengan berilmu. Jangan percaya pada penjual semata-mata. Kena ada rujukan. Internet ada rujuk di internet. Doktor ada rujuk doktor. Ok contohnya, Vitamin C apa kandungannya, apa kegunaannya, ada kelulusan dari KMM atau tidak dan paling penting berapa dose yang boleh diambil dalam sehari. Jangan kerana nak cantik anda tidak mengambiltahu semua ini. Tahukah anda akibat pengambilan Vitamin C yang berlebihan akan menyebakan apa? Apa kesannya pada buah pinggang? Apa kesan jangka panjang? Aduh semua tu kena ambil tahu tau. Elok-elok tujuan asal nak cantik nak sihat, alih-alih dapat sakit pula. Nauzubillah....


Kesian kan? Berani sungguh berniaga mcm tu. 4biji sehari? Kalo jadi apa-apa pada pelanggan tersebut, adakah dia akan bertanggungjawab? Ok tak nak membebel panjang lebar lagi. Cuma nak pesan supaya kita jadi pengguna kena bijak dan berilmu. Tak salah nak cantik.





*** Sedikit penggetahuan untuk dishare bersama. Vitamin C keluaran Shaklee kandungannya hanya 500mg untuk satu tablet. Disarankan untuk mengambil 1tablet/day. Vita-C 500mg yang semulajadi ini hanya membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh sahaja. Kenapa 1 tablet/day? Badan manusia hanya boleh menerima maksimum 1000mg Vitamin C dalam sehari. 500mg sebenarnya sudah memadai. Jika berlebihan boleh bertukar menjadi racun yang tak di release kan oleh badan. Nampak tak? 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk mengetahui lebih lanjut sila hubungi saya:
call/sms/WhatsApp: 0195601851
email:  beautiful_life921@yahoo.com
Add FB saya Siti Sha untuk kita chatting2 secara langsung.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...