Hari ni saya terbaca tentang Coenzyme Q10 atau CoQ10. Yang saya tau CoQ10 ni berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel di dalam badan kita. so kali ini saya nak berkongsi tentang CoQ10 yang saya baca dari
farmasi anis.
Coenzyme diertikan sebagai bahan yang
penting dalam fungsi enzyme yang besar dan kompleks. Ketiadaan coenzyme
akan membuatkan enzyme tidak boleh menjalankan tugasnya dengan betul.
Coenzyme bukanlah sejenis vitamin, mineral atau hormon.
Coenzyme Q10 adalah sejenis coenzyme yang
juga dikenali sebagai ubiquinone, diambil dari perkataan bahasa Inggeris ubiquitous yang
bermakna 'didapati di mana-mana'. Ia didapati secara semulajadi di dalam sel-sel badan kita. Coenzyme Q10 adalah bahan yang
larut di dalam lemak dan bentuknya seperti vitamin K. Ada orang yang
memanggilnya 'Vitamin Q', walaupun ia bukanlah sejenis vitamin.
Apakah fungsi
Coenzyme Q10 di dalam badan kita ?
Coenzyme Q10 digunakan untuk membekalkan
atau membuang oksigen dari molekul yang aktif. Ia penting dalam proses
pembuatan ATP, iaitu sumber tenaga badan, dari sumber pemakanan. Proses
pembuatan tenaga ini berlaku di dalam mitochondria, satu bahagian di dalam
sel-sel badan. Oleh itu, Coenzyme Q10 sangat penting dalam kesihatan sel,
tisu dan organ badan kita.
Sejarah Coenzyme Q10
Coenzyme Q10 dijumpai dan diasingkan dari
mitochondria hati lembu oleh Dr. Frederick Crane dari University of
Wisconsin, USA pada tahun 1957. Pada tahun tersebut juga, Professor
Morton dari England juga menjumpai benda yang sama daripada hati tikus dan
memberikannya nama ubiquinone.
Pada tahun 1958, Professor Karl Folkers dari
Merck, Inc., telah mengenal pasti struktur kimia bahan ini iaitu 2,3
dimethoxy-5 methyl-6 decaprenyl benzoquinone dan menjadi orang pertama
yang mengeluarkannya secara sintetik.
Pada tahun 1960, Saintis Jepun, Professor Yamamura adalah orang pertama
yang menggunakan coenzyme Q7 (kumpulan yang sama dengan Q10) untuk
merawat penyakit congestive heart failure (CHF).
Pada pertengah an tahun 1970, orang Jepun telah memulakan pengeluaran
bahan ini dalam kuanti yang besar untuk tujuan kajian klinikal.
Saintis Peter Mitchell telah menerima Hadiah Nobel kerana pembabitannya
dalam kajian yang berkaitan dengan bahan ini.
Kegunaannya
1 - Sebagai anti-oksidant yang sangat baik.
Persediaan-persediaan terbaru termasuklah krim muka yang boleh membantu
memperlahankan proses penuaan (melalui sifat anti-oksidant bahan ini).
2 - Membantu dalam mengawal dan merawat sakit
jantung.
|
Coenzyme Q10 didapati sangat
banyak di dalam sel-sel jantung. Ini kerana tugasan berat yang dipikul oleh
jantung memerlukan tenaga yang banyak. Banyak kajian telah dijalankan
menggunakan bahan ini dalam pesakit yang menghidapi penyakit jantung,
terutamanya congestive heart failure (CHF) dan didapati Coenzyme Q10 sangat
berguna untuk pesakit-pesakit ini. Kajian menunjukkan CHF
bergantung rapat dengan kadar Coenzyme Q10 dalam darah dan tisu yang rendah.
Dalam kata lain, sekiranya kandungan Coenzyme Q10 rendah, kemungkinan untuk
mendapat CHF adalah lebih tinggi.
|
3 - Banyak kajian
telah dijalankan dan secara kasarnya Coenzyme didapati MUNGKIN
boleh membantu dalam :
|
sebagai anti-oksidant, Coenzyme Q10
menghalang proses yang menyebabkan atherosclerosis (saluran
darah tersumbat kerana kolesterol)
|
|
membantu dalam masalah berkaitan allergik
(alahan), asma, masalah pernafasan
|
|
membantu dalam masalah berkaitan otak
seperti Alzheimer's disease
|
|
cardiomyopathy
|
|
masalah dystolic
dysfunction
|
|
tekanan darah tinggi
|
|
penyakit berkaitan
dengan gusi (periodontal disease) seperti gingivitis
|
|
menguatkan sistem imuniti (melawan
penyakit)
|
|
amyotrophic lateral sclerosis
|
|
AIDS
|
|
angina
|
|
kanser
|
|
psoriasis
|
|
mengawal kencing manis
|
|
kemandulan lelaki (menambah sprem count)
|
|
muscular dystrophy
|
|
masalah kegemukan
|
|
menambah tenaga
|
|
memudahkan pembuangan kulat Candida
albicans (sering menyebabkan masalah keputihan di kalangan wanita)
|
Sumber-sumber
Sumber utama Coenzyme Q10 adalah dari
pembinaannya di dalam badan kita sendiri. Sumber luaran utama Coenzyme Q10
pula adalah dari daging, ikan dan minyak sayuran. Bahan ini juga boleh
didapati dari kebanyakan makanan seperti sayuran segar, buah-buahan dan
kekacang, tetapi kandungannya lebih sedikit. Bagaimanapun ia rosak dengan
mudah melalui proses pemasakan. Adalah dijangka bahawa secara purata
pengambilan Coenzyme Q10 oleh orang biasa dari pemakanan menyumbang sebanyak
5mg sehari sahaja.
Coenzyme Q10 didapati di seluruh selaput sel
di dalam badan kita, terutamanya di selaput-selaput mitochondria. Ia paling
banyak di bahagian jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, limpa, pankreas
dan gland adrenal. Jumlah keseluruhan bahan ini di dalam badan kita ialah
antara 500-1500mg. Kandungan ini menurun selari dengan usia yang meningkat.
Oleh itu pengambilan yang lebih mungkin diperlukan.
Pengurangan kandungan Coenzyme Q10
Kandungan Coenzyme Q10 berkurangan bila usia
mencapai 30 tahun, di mana selepas itu ia akan terus menurun bila usia
meningkat. Bila kandungan Coenzyme Q10 berkurangan kesihatan badan kita secara
menyeluruh juga menurun. Dijangka, bila kandungannya menurun sehingga 25%,
pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, angina,
sistem imunisasi menurun, kurang bertenaga dsb mula dirasai. (Sila rujuk kembali
kegunaan Coenzyme Q10).
Ada kajian yang mendapati kandungan bahan ini di
dalam badan orang yang mengamalkan vegetarian adalah lebih tinggi.
Pengambilan / Dos yang
disyorkan
Pengambilan makanan tambahan Coenzyme Q10 yang
disyorkan ialah antara 30mg hingga 300mg setiap hari. Kebanyakan kajian yang
berkaitan dengan sakit jantung menggunakan dos sehingga 150mg sehari. Pesakit
kanser mungkin memerlukan sehingga 400mg sehari.
Oleh kerana ia larut di dalam lemak, ia lebih
baik diambil bersama-sama dengan makanan yang berminyak. Ia harus diambil
selepas makan.
Dos yang tinggi tidak menyebabkan kesan-kesan
sampingan. Bagaimanapun, data mengenai pengambilan semasa mengandung dan
menyusukan bayi masih tidak lengkap. Oleh itu, kumpulan ini tidak disyorkan
mengambilnya.
Interaksi dengan ubatan
lain
Pengambil ubat-ubatan ini
disyorkan mengambil Coenzyme Q10 :
|
Ubat-ubatan yang memberi
kesan kepada jantung seperti doxorubicin (sejenis ubat untuk kanser),
tricyclic antidepressant (ubat untuk tekanan mental) dsb. Pengambilan
Coenzyme Q10 bersama-sama ubat ini didapati boleh mengurangkan kesan-kesan
sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubatan ini.
|
|
Pengambilan Coenzyme Q10 juga
didapati baik untuk mereka yang mengambil ubat tekanan darah dari jenis beta
blockers (seperti propranolol (Inderal), atenolol (Tenormin), betoxolol
(Kerlone), labetalol (Trandate), metoprolol (Betaloc), oxprenolol
(Trasicor), pindolol (Viskaldix) dan sebagainya).
|
|
Ubat-ubatan yang digunakan
untuk mengurangkan kolesterol seperti lovastatin (Mevacor, Lestric),
pravastatin (Pravachol), gemfibrozil (Lopid) dan simvastatin (Zocor)
menghalang fungsi enzim bernama HMG-CoA reductase. Bagaimanapun enzim ini
juga penting dalam pembinaan Coenzyme Q10. Oleh itu, orang yang mengambil
ubat-ubatan mengurangkan kolesterol ini mendapati kandungan Coenzyme Q10 di
dalam badan mereka juga berkurangan. Pengambilan Coenzyme Q10 mungkin
diperlukan.
|
Pengambil ubat ini tidak
disyorkan mengambil Coenzyme Q10 :
|
Pesakit yang mengambil
warfarin (Coumadin) tidak dinasihatkan mengambil Coenzyme Q10 bersama-sama.
|
Masa hadapan
Coenzyme Q10 adalah bahan baru. Masih banyak
kajian yang sedang dijalankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut
keberkesanannya. Anda dinasihatkan membuat penilaian anda sendiri di samping
meminta pandangan doktor dan pakar-pakar sebelum mengambilnya. Kajian setakat
ini menunjukkan pengambilannya dalam dos yang tinggi sehingga 300mg tidak
menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini, malah pengambilnya
mendapat manfaat daripada bahan ini.
Perlu diingat, bahawa pesakit yang sedang
mengambil ubat-ubatan untuk mengawal penyakit mereka seperti penyakit CHF mesti
meneruskan pengambilan ubat-ubatan tersebut, dan tidak bergantung sepenuhnya
pada Coenzyme Q10.
Sila klik di sini untuk mendapatkan supplement yang boleh menghasilkan CoQ10.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan mencuba product shaklee sila hubungi saya:
call/sms/WhatsApp: 0195601851
email: beautiful_life921@yahoo.com
Add FB saya
Siti Sha untuk kita chatting2 secara langsung.
* These
statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent
any disease.