Monday, August 6, 2012

Fakta Mengenai Susu Ibu

Tadi terbaca satu info berkaitan susu ibu.  Jom saya kongsi info tu untuk tambah pengetahuan kita.


Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan).




Apakah yang dipanggil "foremilk dan hindmilk" ini?

Ringkasnya, apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.

Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sebab mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yang tinggi dan penting untuk memberi tenaga serta tumbesaran baby.

Pernah dengar kan mitos mak2 kita dulu, belah kanan makanan, belah kiri air..
Ini adalah pandangan yang salah sebenarnya, sebab kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua-duanya ada foremilk yang menghilangkan dahaga dan hindmilk yang mengenyangkan.

Jadi kepada kawan2, kita janganlah terlalu mengikut patuhan orang2 tua dahulu. Maksud saya bukanlah ia salah seratus-peratus, tetapi biarlah kita sendiri tahu perkara tersebut ada kebenarannya atau tidak. Seperti yang saya selalu pesan pada kawan2 saya, selalulah baca ilmu2 berkaitan penyusuan ini. Ingat, apa yang mak kita amalkan dahulu tak semua boleh diterima kerana zaman kita sekarang dah berbagai-bagai kajian telah dilakukan oleh pakar dan ia memang terbukti benar. Jadi kita sebagai anak, bukan nak menolak terus ajaran mak2 kita, cuma mana yang kita rasa tak betul, cuba terangkan dengan baik InsyaAllah mak kita boleh terima..

Foremilk dan hindmilk ini kena seimbang kandungannya. Kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.

Kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.

Kalau baby meragam dan tak puas hati, dia mungkin tak menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.

Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu pada sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.
Cara ini dapat memastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.

Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby tak mahu menyusu atau baby sudah kenyang.

*Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa
*Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.
*Baby perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.

Cara ini baik untuk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya.
Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.

Jenis-jenis Susu Ibu:

* Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan sehingga seminggu atau lebih. Ia berwarna pekat kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir.

* Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.

* Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).



sumber bacaan


Dengan pengambilan set penyusuan juga boleh menambah khasiat dan kepekatan susu ibu. banyak testimoni boleh dibaca di sini.



Untuk mengetahui lebih lanjut dan mencuba product shaklee sila hubungi saya:
call/sms/WhatsApp: 0195601851
email:  beautiful_life921@yahoo.com
Add FB saya Siti Sha untuk kita chatting2 secara langsung.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...