Monday, September 24, 2012

Vitamin E

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Hari ni saya nak kongsi kebaikan yang ada dalam Vitamin E. Sebenarnya banyak kebaikan Vitamin E ni, bukan sekadar untuk kulit sahaja. Malah ada yang mengatakan Vitamin E ni sebagai vitamin cinta. Jom saya kongsi bersama kebaikan-kebaikan vitamin E.


Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

Vitamin E juga memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Dan jangan tak percaya Vitamin E juga boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E juga menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

National Cancer Institute pada tahun 1998 telah membuat satu kajian yang  mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Selain itu dalam lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

kredit to http://www.beingmary.com

Untuk mengetahui lebih lanjut dan mencuba product ini sila hubungi saya:
call/sms/WhatsApp: 0195601851
email:  beautiful_life921@yahoo.com
Add FB saya Siti Sha untuk kita chatting2 secara langsung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...