Thursday, October 11, 2012

Tips semasa mengepam - untuk hasil lumayan

Hari ni saya nak berkongsi tips untuk mengepam susu. Ada orang pengeluaran susunya senang guna tangan pun boleh dah, ada juga yang susah dan memerlukan bantuan seperti pam yang bagus, berurut dan sebagainya. Saya teringat semasa mengandungkan anak saya, ada seorang nurse di klinik kesihatan menasihatkan saya supaya sentiasa memasang niat untuk menyusukan anak selepas dilahirkan. Nurse tu kata ini mindset, kalo kita fikir boleh secara tak langsung pengeluaran susu akan berjalan lancar. kalo kita fikir tak boleh, susu pun tak nak keluar. So benda ni macam satu doa jugak. Kita pula kena la yakin bahawa kita boleh menyusukan anak. Jangan sentiasa memberi seribu satu alasan, susu tak keluar la, nipple tenggelam la, anak tak nak direct feed la, bila sentiasa fikir negative, negative la jadinya. So mari kita ubah sikit minda kita, kalo orang lain boleh, kita juga pasti boleh. Berdoa pada Allah sekali supaya dipermudahkan. Badan kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun lebih baik.
gambar credit to Shima Samat

Tips semasa mengepam - untuk hasil lumayan
  1. Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.
  2. Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.


  3. Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.
  4. Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.
  5. Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.
  6. Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.
  7. Jangan lihat hasil tenusu - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar.
Jom praktikan tips diatas ini untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Yang penting jangan berputus asa untuk mendapatkan susu yang terbaik untuk bayi anda.

Sebagai cadangan ibu-ibu boleh lah mengambil supplement yang bersesuaian DISINI. ini untuk menambahkan kecerdasan dan kesihatan ibu bagi persediaan untuk mengumpul stok susu selain menambahkan lagi kualiti susu yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...